Selangor

Negeri Selangor (juga dikenali sebagai Selangor Darul Ehsan ialah salah sebuah negeri daripada tiga belas negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.[7] Negeri ini juga bersempadan dengan Negeri Perak di utara, Pahang di timur, Negeri Sembilan di selatan dan Selat Melaka di sebelah barat.

Negeri ini mengamalkan sistem raja berperlembagaan sejak turun-temurun dan kini di bawah naungan Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj. Sejak 10 Mac 2008.

Ibu negeri Selangor ialah Shah Alam dan merupakan bandar raya pertama di negeri ini. Bandar diraja negeri ini ialah Klang. Bandar utama yang lain ialah Petaling Jaya, yang mendapat status sebagai bandar raya kedua di negeri ini pada 20 Jun 2006. Petaling Jaya merupakan sebuah bandar satelit untuk Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada tahun 1952. Statusnya sebagai sebuah bandar pertama yang mempunyai perancangan dan kedudukan strategik antara Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang telah membuka banyak peluang pembangunan. Selangor merupakan satu daripada dua buah negeri yang mempunyai lebih daripada satu bandar raya, selain daripada Sarawak. Selangor juga mempunyai pembangunan yang pesat daripada pemodenan di kawasan Lembah Klang.

Selangor

Explore the place

Hulu Tamu EcoResort
RM300 RM150 /day
Selangor
Not rated 0 Review
7 9 6 188 m2
RM0 /day
Selangor
Not rated 0 Review
RM0 /day
Selangor
Not rated 0 Review
Dusun Abu Campsite | Ulu Rening, Batang Kali.
RM300 /day
Selangor
Not rated 0 Review
8
KAKI BUKIT GENTING HIGHLAND, BATANGKALI SELANGOR
RM300 /day
Selangor
Not rated 0 Review
RM0 /day
Selangor
Not rated 0 Review

View More

The City Maps